📌 Akaun SME | Dokumen Kewangan | Bookkeeping

Akaun Bisnes Tak Tersusun? Jangan Tunggu Hujung Tahun.

Kami membantu usahawan mikro, enterprise dan SME menyusun rekod kewangan secara bulanan supaya lebih mudah pantau untung rugi, aliran tunai dan persediaan dokumen cukai.

Pilih sama ada mahu outsource akaun kepada kami atau belajar buat akaun sendiri melalui kelas private.

Apa Yang Kami Bantu?

  • Bookkeeping bulanan
  • Penyusunan resit, invoice dan bank statement
  • Rekod duit masuk dan duit keluar
  • Laporan untung rugi dan aliran tunai
  • Akaun pengurusan asas untuk SME
  • Persediaan dokumen untuk tujuan cukai

Masalah Biasa Usahawan

Ramai pemilik bisnes sudah ada SSM dan aktif berniaga, tetapi rekod kewangan masih belum disusun dengan betul.

Resit Bercampur

Resit bisnes bercampur dengan belanja peribadi dan susah untuk asingkan kos sebenar perniagaan.

Jualan Tidak Direkod

Jualan harian tidak direkod secara konsisten menyebabkan pemilik bisnes tidak nampak jumlah jualan sebenar.

Dokumen Tidak Lengkap

Invoice, bank statement dan bukti bayaran tidak disimpan dengan teratur untuk rujukan masa depan.

Tidak Tahu Untung Rugi

Bisnes nampak ada jualan, tetapi pemilik tidak pasti berapa keuntungan sebenar selepas kos ditolak.

Kelam-Kabut Masa Cukai

Bila tiba masa nak buat cukai atau semakan dokumen, baru mula cari resit dan rekod lama.

Sukar Mohon Loan atau Geran

Rekod kewangan tidak tersusun boleh menyukarkan urusan permohonan pembiayaan, tender atau geran.

Perkhidmatan Kami

Fokus kami ialah membantu pemilik bisnes menyusun dokumen kewangan dan menyediakan rekod asas yang mudah difahami.

📁

Penyusunan Dokumen

Susun resit, invoice, bank statement dan dokumen sokongan mengikut bulan.

📊

Bookkeeping Bulanan

Rekod duit masuk, duit keluar, jualan, belian dan belanja bisnes secara konsisten.

📈

Laporan Asas

Sediakan laporan untung rugi, aliran tunai dan akaun pengurusan asas untuk rujukan pemilik bisnes.

Pakej Outsource Kerani Akaun SME

Pilih pakej mengikut anggaran pendapatan tahunan bisnes anda.

Pendapatan tahunan bawah RM50,000
RM150 / bulan

Sesuai untuk usahawan mikro dan bisnes baru mula.

Pilih Pakej
Pendapatan tahunan RM51,000 hingga RM100,000
RM200 / bulan

Sesuai untuk bisnes kecil yang sudah mula stabil.

Pilih Pakej
Pendapatan tahunan RM201,000 hingga RM500,000
RM500 / bulan

Sesuai untuk bisnes yang mempunyai transaksi lebih aktif.

Pilih Pakej
Pendapatan tahunan RM501,000 hingga RM1 juta
RM600 / bulan

Sesuai untuk SME yang perlukan pemantauan rekod bulanan.

Pilih Pakej

Sesuai Untuk Siapa?

Perkhidmatan ini sesuai untuk pemilik bisnes yang belum ada kerani akaun tetap tetapi mahu rekod kewangan lebih kemas.

Usahawan Mikro

Peniaga kecil, peniaga rumah dan bisnes baru mula.

Enterprise & SME

Syarikat yang mahu susun rekod bulanan secara konsisten.

Peniaga Online

Bisnes TikTok, Shopee, Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Kontraktor Kecil

Kontraktor yang mahu susun kos projek, resit dan invoice.

Homestay & Chalet

Bisnes penginapan yang perlu rekod jualan dan belanja operasi.

Penyedia Servis

Trainer, consultant, freelancer dan perniagaan servis lain.

Cara Kami Bantu

Proses kerja mudah supaya pemilik bisnes tidak rasa terbeban untuk mula susun akaun.

Semakan Awal

Kami semak jenis bisnes, anggaran jualan tahunan dan keadaan dokumen semasa.

Terima Dokumen

Dokumen seperti resit, invoice dan bank statement dikumpulkan mengikut bulan.

Rekod Transaksi

Duit masuk, duit keluar, jualan dan belanja direkod secara tersusun.

Sediakan Laporan

Laporan asas disediakan untuk rujukan pemilik bisnes.

Pemantauan Bulanan

Rekod dikemaskini secara bulanan supaya tidak tertangguh ke hujung tahun.

Nota Penting: Perkhidmatan ini adalah untuk bookkeeping, penyusunan dokumen kewangan dan penyediaan akaun pengurusan asas. Kami tidak menyediakan perkhidmatan audit berkanun, tidak bertindak sebagai juruaudit berlesen dan tidak menggantikan ejen cukai berlesen. Namun, kami membantu menyediakan dokumen kewangan yang lebih tersusun untuk memudahkan urusan bersama akauntan, auditor atau ejen cukai sekiranya diperlukan.

Mula Susun Akaun Bisnes Dari Sekarang

Jangan tunggu sampai dokumen menimbun. Pilih pakej yang sesuai dan mula kemaskan rekod kewangan bisnes anda secara bulanan.

WhatsApp Untuk Semak Pakej
💬